Thursday 30 May 2013

Dunia Bayi 'paip kumbahan' diserah kepada ibu

Beijing: Ibu muda berusia 22 tahun di China tidak akan didakwa selepas anaknya yang baru lahir terperangkap dalam paip kumbahan sebelum diselamatkan.

Polis berkata, keputusan itu dibuat kerana wanita berkenaan mulanya enggan mengaku kerana takut sebelum berubah fikiran dan membuat pengakuan.
Bayi itu yang menarik perhatian dunia sudah dikembalikan kepada ibunya selepas pihak berkuasa memutuskan dia terperangkap secara tidak sengaja, kata pegawai di sini semalam.


Bayi lelaki itu diselamatkan dalam tempoh dua jam dalam paip kumbahan tandas cangkung di Pujiang.

Ramai pihak bersimpati dengan wanita bujang itu yang dibenarkan keluar dari hospital bersama anaknya hasil hubungan dengan seorang lelaki dipercayai bapanya.

Lelaki itu menuntut ujian pengesahan bapa dan bersedia berbincang dengan wanita terbabit bagaimana menanggung bayi itu, kata pegawai di pejabat propaganda Pujiang, wilayah Zhejiang.

Tidak jelas sama ada pasangan itu mahu membesarkan bayi itu bersama. Pihak berkuasa tidak mendedahkan nama pasangan itu.
Wanita itu memberitahu polis dia hamil selepas hubungan singkat dengan lelaki terbabit, menyembunyikan kehamilan daripada keluarga dan jiran selain secara rahsia melahirkan bayi itu Sabtu lalu di sebuah tandas bangunan kediaman yang disewanya.

Katanya, bayi itu secara tidak sengaja meluncur ke dalam tandas cangkung, namun dia tidak segera mengaku bayi itu kepunyaannya.

Anggota bomba yang tiba di bangunan sewa itu menemui bayi baru lahir terbabit tersekat dalam paip kumbahan di bawah tandas cangkung satu daripada bilik air bangunan itu.

No comments:

Post a Comment