Thursday, 30 May 2013

Gambar Kad Jemputan Kahwin Linda Hashim & Beego

ari ini dah 31 Mei, kira dah setengah tahun kita melayari kehidupan untuk 2013. Musim cuti sekolah kembali dengan jemputan nikah kahwin yang bersimpang siur. Tak ketinggalan, cuti sekolah tahun ini menyaksikan beberapa artis akan berkahwin dan bertunang.

Selain Fouziah Gous akan bertunang esok, pelakon Izzue Islam akan kahwin pada 2 Jun ini di Shah Alam. Selain itu, Budiey dapat tahu, Linda Hashim dan Beego pula akan bernikah pada 7 Jun depan. Tinggal lebih kurang seminggu je lagi pasangan ini akan menamatkan zaman solonya.

kad kawin linda hashim

ambar Kad Jemputan Kahwin Linda Hashim & Beego
Dalam masa ini, sudah pasti Beego dan Linda tengah sibuk menghulurkan kad jemputan kahwin untuk kawan-kawan artis dan media. Budiey dah tengok gambar kad jemputan kahwin Linda Hashim & Beego ni, wah, bukan main hebat lagi temanya. Sesuailah dengan karier mereka yang bergelumang dengan dunia lakonan.
Beego juga sempat menjemput Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Sri Mohd. Najib Abdul Razak dalam satu pertemuan. Sebelum ini, Budiey ada menyiarkan gambar-gambar pra-perkahwinan Beego & Linda.
Khabarnya, sebagai persiapan diri, Linda Hashim banyak melakukan solat sunat hajat dan taubat menjelang detik terindah pernikahannya. Wah, bagus tu.

Linda turut berdoa agar majlis itu nanti akan berjalan lancar tanpa sebarang masalah mengikut perancangan. Selain itu, aktres ini juga menjaga pemakanan dan mengambil vitamin tambahan bagi menjaga kesihatannya menjelang majlis tersebut.

Majlis akad nikah pasangan pelakon ini akan diadakan di Masjid Usamah Bin Zaid, Seksyen 2, Wangsa Maju pada 7 Jun ini selepas solat Isyak. Majlis resepsi kedua-dua mempelai pula akan diadakan sehari selepas itu di Dataran Karyawan, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), Hulu Klang dekat sini bermula pukul 8 malam.

Pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 3 November 2012.

Beego dan Linda turut menjemput Y.A.B Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri beliau ke majlis bersejarah itu nanti. Beego sendiri yang memberikan kad jemputan kepada Najib ketika di satu majlis di Putrajaya, sekitar dua bulan lalu.

Difahamkan penyanyi veteran Indonesia iaitu Endang S.Taurina telah mengesahkan untuk hadir pada majlis resepsi persandingan mereka selain bersedia untuk membuat persembahan menghiburkan tetamu. Mesti happening kan?

Beego Linda Hashim

Bekas Isteri Jimmy Shanley Mengaku Hamil Anak Luar Nikah

Pengacara Jimmy Shanley memberitahu Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam bahawa isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy mengaku mengandung anak luar nikah dan mengugut mahu menggugurkannya jika kandungan itu benar anak Jimmy. Katanya, Nursuhaila membuat pengakuan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) pada petang 24 Januari 2011 selepas dia menegur isterinya itu, yang didapati masih berjudi. Jimmy memberi keterangan dalam perbicaraan tuntutan nusyuz dan kembali taat yang difailkan terhadap Nursuhaila pada 3 dan 27 Januari tahun lalu.

Menjawab soalan peguam syarie Mohd Noor Aizan Mohd Idrus, Jimmy berkata, pengakuan Nursuhaila itu adalah salah satu sebab mengapa dia mendakwa isterinya nusyuz.
Jimmy yang membacakan SMS Nursuhaila di hadapan Hakim Syarie, Saharusin Selamat:
“SMS isteri berbunyi; Kalau I mengandung pun confirm anak you ke? Ni Mr Jimmy, I dah buanglah anak you tu kalau I mengandung. Saya balas SMS dan bertanya anak siapa awak mengandung? Dia jawab; Anak haram. Mampus pi lah anak siapapun. Ada aku kisah.”
Jimmy antara lain memberitahu sudah banyak kali memberikan nasihat kepada Nursuhaila berhubung perkahwinan mereka. Malah katanya, Nursuhaila pernah bertindak keluar rumah dan hilang selama 16 hari sebagai protes dengan teguran bapa sendiri mengenai rumah tangga mereka. Dia juga memberitahu ada menghantar SMS merayu isterinya berubah dan meminta ampun kepada ibu bapa.
Pasangan tersebut diijabkabulkan pada 1 Oktober 2010 di rumah keluarga perempuan di Sunway Rahman Putera, Sungai Buloh dengan hantaran sebanyak RM31,186 bersempena dengan tarikh lahir Nursuhaila yang jatuh pada 31 Januari 1986.


bagi saya pula kan sebenar nyer suhaila cakap macam tu mungkin marah coz jimmy asyik duk kacau dia....dah tak der apa2kan ....suhaila pun dah tak nak dia kenapa nak kacau lagi....bukan kah lelaki boleh kahwin 4, kenapa dia mesti nak burukkan keadaan lagi...orang dah tak nak ...tak nak lah jawab nyer...P/s: sikap merunsur dendam bole memakan diri sendiri...

Babak Romantis Peluk Cium Adi Putra & Rita Rudaini dalam Sehangat Asmara

Hanya tinggal dua hari lagi untuk kita menonton drama Sehangat Asmara. Korang excited ke tak?
Pelakon Adi Putra mengakui selesa dengan sikap Rita Rudaini kerana aktres itu bersikap terbuka dan memberi kerjasama bagi menjayakan babak-babak romantis bagi menjayakan drama bersiri terbaru mereka, Sehangat Asmara.
Dalam drama yang akan disiarkan di Mustika HD ini, Adi membawakan watak pelajar dan kemudiannya suami kepada Rita.
Sehangat Asmara

“Rita profesional, jadi tidak ada masalah apabila ada babak memerlukan saya mencium dahi dan mendukungnya. Ia memudahkan kerja saya menjayakan watak suami isteri bersamanya.”
Dalam pada itu Adi juga yakin drama yang diadaptasikan dari novel nukilan Aisha Sofea ini mampu memecahkan tembok fenomena naskhah Adam & Hawa lakonan aktor terkenal Aaron Aziz dan Nadiya Nisa. Ini kerana novel dengan judul yang sama itu sememangnya popular dan mempunyai pengikut tersendiri.
“Saya yakin Sehangat Asmara akan menjadi fenomena kerana ia diadaptasi daripada novel terkenal.”
Sehangat Asmara berkisar ranjau dalam hubungan dua darjat, Kamilia Najwa lakonan Rita Rudaini dan Zainal Arief (Adi Putra) yang berkahwin tanpa restu keluarga di Sydney, Australia.











Sehangat Asmara

Gambar Terbaru Arni Nazira Bekas Isteri Awie


 terbaik lah...dapat pak ustaz gitu....

Adegan Panas Nora Danish Berpelukan Tanpa Baju

Nama Nora Danish dan Rusdi Ramli jadi panas gara-gara kontroversi yang tercetus menerusi adegan lakonan mereka berpelukan tanpa berbaju dalam filem Mencari Cinta.
Bagi Nora, dia tidak kisah apabila isu itu diperbesar-besarkan kerana dia sudah lali dan sentiasa dikaitkan dengan pelbagai gosip. Malah dia sedikit pun tidak risau dengan hal itu kerana menganggap ia tidak mengganggu prestasi kerjanya.

 mencaricinta


Menurut kata Nora Danish:
“Dalam filem itu saya bukannya bogel pun. Cuma lakonan kami sahaja nampak mesra sebagai suami isteri. Lagipun, mengenali Rusdi di set penggambaran, dia seorang yang sangat peka dengan setiap pergerakan dan lakonannya. Malah dia akan melihat apa kepentingannya dia berlakon sebegitu dalam sesebuah filem. Saya harap masyarakat tonton dahulu sebelum memberi komen.”
Namun begitu, dia berasa kasihan terhadap ‘suaminya’, Rusdi Ramli berharap pihak lain memberikan ruang kepad aktor berkaliber itu bersendirian sehingga isu tersebut reda.
“Saya faham dengan situasi Rusdi. Walaupun dia seorang pelakon senior, rasanya belum pernah lagi dia terkena kontroversi seperti ini. Saya percaya dia terkejut dan tidak tahu nak buat apa-apa sehinggakan dia tidak hadir ke majlis tayangan perdana filem ini pada Khamis lalu.”
Sementara itu, pengarah filem Mencari Cinta iaitu Shirin Khuzaimi menyifatkan pelakon Rusdi seorang yang tidak profesional kerana gagal menghadiri majlis tayangan perdana filem tersebut baru-baru ini.
Mencari Cinta turut membariskan pelakon Fouziah Gous, Riezman Khuzaimi, Mahmod Ali Basha, Norlida Ahmad, Daphne Iking dan Natasha Hudson, dan akan ditayangkan mulai 25 April ini.
poster filem mencari cinta

Filem bergenre romantik ini merupakan filem terbitan Armnet Intergrated Sdn Bhd dan Madiera Red Movie Associates.
Rusdi Ramli memegang watak sebagai Razlan, seorang pengusaha lembu dan kambing. Walaupun berpelajaran tinggi, dia tetap mahu pulang ke kampung untuk mengerjakan ladang ternakan milik keluarganya. Dia mempunyai tunang bernama Mila lakonan Fouziah Gous, namun Mila telah memutuskan pertunangan mereka tanpa sebab. Dia kemudian terpaksa berkahwin dengan Myra lakonan Nora Danish yang ditinggalkan bakal suaminya di saat majlis perkahwinan mereka.
Menurut Rusdi Ramli, dia menerima tawaran untuk berlakon filem ini kerana filem ini lain dari yang lain. Cara penceritaannya berbeza dan kepercayaan mereka terhadap diribya untuk menggandingkan saya dengan Nora Danish juga membuatkan saya tertarik untuk berlakon dalam filem ini.
Menyentuh tentang adegan panas di ranjang untuk filem ini, Rusdi memberi komen:
“Banyak benda yang tak disangka. Masa baca skrip lain dan saya pula sibuk shooting benda lain sebelum itu, jadi saya tak tahu apa kehendak pengarah untuk watak ini. Bila diberitahu kami kena melakonkan aksi romantik seperti pasangan suami isteri, saya jadi ‘culture shock’. Namun, pengarah mempunyai alasan tersendiri bagi menyokong relevannya keperluan watak ini, jadi saya terpaksa akur. Lagipun, sebagai pelakon saya kena ikut kehendak pengarah, jadi saya hanya buat semampu yang boleh. Sejujurnya, saya rasa risau dan takut melakonkan adegan seperti itu.”
adegan-panas 
 
mencari-cinta

Lelaki pilihan Wanita 2013


Peniaga dakwa dicabul doktor

Ipoh: Seorang ahli perniagaan mendakwa dicabul oleh seorang doktor berusia 60-an ketika berkunjung ke sebuah poliklinik di Simpang Pulai, di sini, minggu lalu.

Mangsa yang berusia 49 tahun dari Lapangan Panorama Perdana, di sini, mendakwa dipeluk dan diraba oleh doktor yang dikenalinya sejak 20 tahun lalu, kira-kira jam 11.30 pagi.
Wanita itu pergi ke poliklinik berkenaan kerana membawa lapan pekerja warga asing kelolaannya untuk menjalani pemeriksaan kesihatan.


Selepas membuat pendaftaran, dia diminta doktor terbabit ke tingkat atas poliklinik itu dan masuk ke bilik x-ray dengan alasan mahu menunjukkan sesuatu.

Saya menurut permintaan itu dan sebaik masuk bilik berkenaan, dia terus memeluk saya dari belakang dan menolak saya ke dinding dengan memegang kuat kedua-dua tangan saya, katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Meronta, bergelut untuk lepaskan diri

Ahli perniagaan itu mendakwa doktor terbabit juga cuba memasukkan tangan ke dalam bajunya mengakibatkan dia meronta untuk melepaskan diri sehingga berlaku pergelutan kecil sebelum berjaya keluar dari bilik berkenaan.
Berikutan kejadian itu, dia membuat laporan di Balai Polis Simpang Pulai, Isnin lalu.

Saya terpaksa mengambil masa beberapa hari untuk membuat laporan polis kerana trauma dengan kejadian itu, katanya yang berharap doktor itu dihadapkan ke muka pengadilan dalam tempoh terdekat.

Sementara itu, jurucakap polis mengesahkan menerima laporan berkenaan dan kes sedang disiasat.

Famili Sihir cinta




Azizah, 45, (bukan nama sebenar), dikenali seorang yang peramah, cantik, bijak dan memiliki kewanitaan yang didamba lelaki. Bidang tugasnya yang sering berhubung dengan orang ramai menjadikan dia disenangi, malah ramai lelaki yang tertawan dan ingin menyunting sebagai isteri.

Cintanya dengan Mazlan paling hangat. Mereka bertunang dan hampir berkahwin, tetapi akhirnya terputus atas sebab yang tidak pasti. Sejak itu bukan tidak ada lelaki yang hadir dalam hidupnya, tapi semuanya seakan tidak serasi dan ditolaknya.
Ada kalanya, Azizah suka dan amat merindui teman lelakinya, tapi akhirnya bertukar benci. Dalam usia sebegitu, sebenarnya wanita patutnya semakin resah sedang tidak juga berkahwin sedang usia beranjak dari setahun ke setahun. Bukan sengaja menolak jodoh atau ingin digelar andartu, tapi dia sendiri pun tidak mengetahui mengapa dirinya dibelenggu perasaan begitu.


Malah, wanita tinggi kurus lampai ini selalu melawan gejolak jiwanya dan memberontak supaya hasrat untuk berkahwin dengan mana-mana lelaki tidak wajar diteruskan.

Kata Azizah, fikirannya selalu runsing manakala badannya terasa lesu dan pernah beberapa kali meracau serta bertukar menjadi murung. Badannya juga sakit dan paling teruk, sering bermimpi bukan-bukan termasuk hamil dan mendukung bayi.

Katanya, selepas mendapatkan rawatan perubatan Islam barulah dia mengetahui semua itu berpunca daripada sihir pelalau yang dititipkan kepadanya melalui makanan.

Kemudian baru menyedari ia angkara rakan karibnya yang juga menyimpan perasaan dendam padanya. Semua berpunca, kisah 12 tahun lalu apabila rakannya dalam diam cemburu pada Azizah yang sentiasa disenangi hampir semua rakan lelaki mereka.
Jiwa kacau

Apa yang terjadi kepada Azizah bukanlah perkara pelik, malah ia tidak mustahil boleh berlaku kepada sesiapa saja. Pelalau adalah satu istilah dalam ilmu kebatinan Melayu yang membabitkan sihir.

Kesan daripada sihir itu akan menyebabkan terkunci nafsu atau tabiat orang yang terbabit mungkin akan berubah seperti menjadi pendiam, tidak aktif, murung, menyendiri dan ada yang bertindak di luar kebiasaan, akibat daripada tekanan jiwa ataupun akibat sihir pelalau, atau kerana kedua-duanya.

Selain daripada pelalau kunci nafsu kahwin, sihir jenis ini juga boleh menyebabkan berlakunya halangan menyebabkan usaha untuk menemukan jodoh seseorang itu tidak kesampaian. Inilah yang berlaku pada Azizah tanpa disedarinya.

Menurut ulama, perkataan sihir dari segi bahasa bererti terdapatnya sesuatu yang amat halus sedang bersembunyi dan kehadirannya tidak dapat dikesan dengan pancaindera.

Takrifan sebahagian ulama pula mendakwa sihir merujuk kepada azimat, pelbagai jampi mantera dan simpulan tali yang dapat memberikan kesan yang nyata kepada jiwa, akal dan badan seseorang.

Biarpun kemajuan teknologi semakin menghiasi muka bumi, kecanggihannya masih tidak dapat mengesan punca penyakit atau gerak laku individu terkena sihir.

Sebagai contoh, seseorang menderita kesakitan namun diagnosis doktor mendapati tiada masalah kerosakan atau kegagalan saraf pada diri pesakit. Begitu juga mungkin isteri tiba-tiba benci kepada suaminya tanpa sebarang perkelahian atau perselisihan pendapat antara mereka.

Begitu juga sihir boleh menyebabkan seseorang menderita sakit di bahagian tertentu badan atau seluruh badan atau menyebabkan anggota tertentu badannya menjadi lumpuh tanpa sebab yang jelas. Antara sihir yang kerap ditemui dalam masyarakat kita ialah sihir pelalau, santau dan pukau.

Liat jodoh

Sihir boleh menyebabkan seseorang tidak waras atau membuatkan fikirannya celaru, boleh menimbulkan rasa cinta berahi atau benci tanpa sebab yang jelas serta membuatkan badan sakit.

Pastinya, apabila bercerita mengenai sihir penyekat atau penghalang jodoh yang lebih dikenali pelalau dalam kalangan masyarakat bukan perkara luar biasa di telinga.

Menjelas lanjut mengenai sihir tatiluz zawaj, Pengasas dan Pengerusi Pertubuhan Pengamal Perubatan Islam Ruqyah Syariyyah Malaysia (Kiswah), Hayat Abdul Rahman, berkata kesan daripada masalah itu individu tidak menemui jodoh sehingga lanjut usia atau sampai ke hujung nyawa bergantung sama ada terkena gangguan atau tidak.

Soal jodoh sememangnya kuasa Allah. Kelewatan bertemu jodoh boleh juga disebabkan ga gangguan jin atau sihir yang dihantar baik menerusi bantuan makhluk halus atau sebaliknya secara santau.

Pembabitan sihir ini boleh dibahagi kepada sama ada membabitkan gangguan jin atau dihantar oleh orang yang membuat onar, jelasnya ketika dihubungi, baru-baru ini.

Sihir penyekat jodoh

Hayat berkata, sihir penyekat jodoh boleh berlaku kerana munculnya hasad dengki dalam kalangan saudara, pasangan atau sesiapa saja apabila pujaan hati tidak dapat dimiliki atau juga menolak lamaran dikemukakan.

Sihir pelalau membuatkan seseorang berat hati untuk menerima cinta baru dan juga boleh menjadikan seseorang itu hilang perasaan terhadap jantina berlainan jika kisahnya teruk.

Allah menjadikan fitrah kita untuk menyukai jantina berlainan. Sihir ini juga mampu menutup hati wanita dan buka kepada sesama jenis berdasarkan pengalaman saya sendiri.

Sihir penghalang jodoh ini juga membuatkan wanita untuk menolak lamaran sama ada kerana kehadiran jin Asyik yang menutup pintu hati untuk meneruskan perasaan cinta terhadap manusia atau pun jin yang dihantar oleh tukang sihir, katanya.

Rasa benci mula timbul

Kehadiran sihir mampu mengubah sikap dan keinginan seseorang hingga mereka tutup hati sepenuhnya terhadap persekitaran dan untuk menerima lelaki dalam hidupnya.

Hayat berkata, individu dikenakan sihir pelalau, lazimnya akan hilang rasa kasih mereka kepada pasangan malah melihat pasangan seakan sesuatu dibenci dan ada juga berubah nafsu hingga mereka memilih untuk berkongsi kasih dengan kaum sejenis.

"Berdasarkan pengalaman dikongsi pesakit, tanpa mereka sedar perasaan sayang yang dicurahkan kepada pasangan mereka merubah benci malahan melihat cinta hati seakan haiwan dan hodoh.

"Sihir itu juga menjadikan mereka cenderung melupakan perkara sunat iaitu berkahwin dan memilih untuk memberi fokus pada kerjaya dan kehidupan sendiri.

"Bahkan, ada mengalami gangguan ketika majlis akad nikah dan ada juga pula mengamuk pada detik itu hingga hubungan sedia ada putus.

Cara rawatan

Bahana yang dicetuskan sihir terlalu besar dan merugikan di akhirat nanti. Justeru, kita semua mesti menjauhi sihir yang membawa kepada syirik dan sentiasa bersandar dan meletakkan harapan sepenuhnya kepada Allah dalam merungkaikan apa saja masalah membelenggu diri.

Katanya, jika mula terasa wujudnya perasaan pelik dalam setiap perhubungan yang terputus biarpun puas cuba untuk menerima pasangan, individu disaran mengambil langkah mencari penyelesaian menggunakan perkhidmatan pakar perubatan Islam.

"Memang sukar untuk mengetahui sama ada kita terkena sihir atau sebaliknya. Tapi jika dengan berkat keizinan Allah dan usaha pesakit sendiri, Insya Allah sihir boleh disingkirkan dari tubuh.

"Antara tanda yang boleh diteliti adalah seperti mimpi melihat haiwan liar dan berbisa, melihat bayi dan api serta ketap gigi. Tanda itu juga boleh dirasai ketika sedar termasuk sakit tulang empat kerat, sakit pelikat, ketumbuhan, sawan dan gelisah mendengar ayat al Quran, sebaiknya cari penawarnya," katanya.

Gadis hilang ditemui mati dalam semak

Melaka Tengah: Seorang remaja berusia 17 tahun ditahan bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang pelajar perempuan Tingkatan Dua di Kampung Solok Gaung, Ayer Molek, di sini, malam kelmarin.

Remaja lelaki itu yang juga rakan mangsa, Aimi Hamizah Mohamad, 14, ditahan di sebuah rumah di Ayer Molek, pada jam 3.30 petang semalam.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, Superintendan P R Gunarajan, berkata mayat mangsa yang lengkap berbaju kurung, ditemui terbaring di atas papan lapis dalam kawasan semak kira-kira empat kilometer dari kediamannya, namun siasatan awal polis tidak mengesan unsur jenayah dan kesan kecederaan pada badan mangsa.


Tunggu laporan bedah siasat

Mangsa dipercayai meninggal dunia kira-kira dua hari lalu berdasarkan keadaan tubuh yang mula reput, namun menolak kemungkinan dia dirompak kerana barang kemasnya tidak diambil, katanya sambil menambah, polis masih menunggu laporan bedah siasat daripada pihak hospital untuk mengenal pasti punca sebenar kematian mangsa.

Beliau berkata, bedah siasat ke atas mangsa akan dilakukan hari ini dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Mayat Aimi yang juga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Molek ditemui sekumpulan remaja lelaki jam 7 malam kelmarin ketika mereka sedang bermain bola sepak di tanah lapang berhampiran kawasan semak terbabit, yang turut dijadikan tempat pembuangan sampah.
Sebelum itu, remaja berkenaan dilaporkan hilang sejak Isnin lalu selepas dikatakan keluar dari rumah kira-kira jam 7.40 malam untuk menghadiri kelas mengaji al-Quran yang terletak hampir 200 meter dari kediamannya di Taman Desa Molek, di sini.

Bagaimanapun, kelas terbabit dibatalkan tetapi anak perempuan tunggal daripada tiga beradik itu gagal pulang ke rumah, mendorong keluarganya membuat laporan di Balai Polis Tiang Dua, Selasa lalu.

Sementara itu, bapa mangsa, Mohamad Sahak, 58, berkata Aimi sempat berbuka puasa bersama isterinya, Maimunah Ismail, 44, dan kemudian bersalaman berulang kali dengannya selain berkali-kali mencium Maimunah berbanding biasa sebelum keluar untuk ke kelas mengaji.

Dunia Bayi 'paip kumbahan' diserah kepada ibu

Beijing: Ibu muda berusia 22 tahun di China tidak akan didakwa selepas anaknya yang baru lahir terperangkap dalam paip kumbahan sebelum diselamatkan.

Polis berkata, keputusan itu dibuat kerana wanita berkenaan mulanya enggan mengaku kerana takut sebelum berubah fikiran dan membuat pengakuan.
Bayi itu yang menarik perhatian dunia sudah dikembalikan kepada ibunya selepas pihak berkuasa memutuskan dia terperangkap secara tidak sengaja, kata pegawai di sini semalam.


Bayi lelaki itu diselamatkan dalam tempoh dua jam dalam paip kumbahan tandas cangkung di Pujiang.

Ramai pihak bersimpati dengan wanita bujang itu yang dibenarkan keluar dari hospital bersama anaknya hasil hubungan dengan seorang lelaki dipercayai bapanya.

Lelaki itu menuntut ujian pengesahan bapa dan bersedia berbincang dengan wanita terbabit bagaimana menanggung bayi itu, kata pegawai di pejabat propaganda Pujiang, wilayah Zhejiang.

Tidak jelas sama ada pasangan itu mahu membesarkan bayi itu bersama. Pihak berkuasa tidak mendedahkan nama pasangan itu.
Wanita itu memberitahu polis dia hamil selepas hubungan singkat dengan lelaki terbabit, menyembunyikan kehamilan daripada keluarga dan jiran selain secara rahsia melahirkan bayi itu Sabtu lalu di sebuah tandas bangunan kediaman yang disewanya.

Katanya, bayi itu secara tidak sengaja meluncur ke dalam tandas cangkung, namun dia tidak segera mengaku bayi itu kepunyaannya.

Anggota bomba yang tiba di bangunan sewa itu menemui bayi baru lahir terbabit tersekat dalam paip kumbahan di bawah tandas cangkung satu daripada bilik air bangunan itu.

Tuesday, 28 May 2013

Hari yang Mengembirakan


Hari ini Memang hari yang mengembirakan Ummi....macam mana Ummi tak gembira coz
Ummi masih hidup dan boleh bernafas seperti biasa...
Ummi dianugerahkan oleh Allah akal yang sihat...
tubuh badan yang tak sakit...
jiwa yang tenang...dan
paling mengembirakan Ummi...Ummi punyai permata hati tercinta..
seronok rupanyer jadi ibu...balik rumah jer
Hubby dah tunggu ummi....
asyrani peluk ummi...
adik arasy berlari dapatkan ummi...
Ya Allah Bahagia nyer rasa nyer dunia ummi...

Belum Balik Lagi Ummi dah terbayang Wajah anak2 kesayangan ummi...
mana tak nyer....comot mamot mesti nyer lah muka diorang..

kat opis tak lupa juga ...terima kasih buat Allah Taala Kerana memberikan
ummi bos yang super cerewet...and selalu nak cari salah ummi...
hahaha seronok juga ada bos macam tu rupanyer....
bole dibawa kawan bergaduh...tapi keluar jer bilik perbincangan ngan bos...
nak tergelak pun ader ...
aper lah bos Ummi nie u dr golongan profesional pun
leh layan perangai staff....geli hati
Ego seorang bos terselah biler nak menang jer dalam perbincangan...
hmmmm nampak gaya nyer rasa nyer ummi buat aper
.....hihihi ummi kata kat bos....Ummi kalah bos ambik lak menang tu ummi xnak...terus bos Ummi diam...
p/s: buat kekawan jangan biarkan ego kita melampui batas tau...coz jika ego yang tidak terkawal boleh menjadi lembut yang liar dihutan n ibu segala perangai yang jahat adalah ego...so hati-hati k

balik nanti umi nak masak aper erk....
busak kecik nie...mesti nak makan bubur ...
hmmm ummi kena masak dua jenis masakan
satu hubby n satu untuk anak2 ummi....
hmmmm bagus neyr punyai tanggan ...ummi leh taip n wat aper yang ummi
nak buat...tak yah suh tolong ummi...ummi sayang tangan ummi...
disamping kemulusan n kelembutan tangan nie...ummi suka buat cubit pipi anak2 umi yang dua orang tu...

Doa orang yang teraniaya

Doa orang yang teraniaya

1. Mohon pada Allah, untuk menggantikan penipuan dan sebagainya dengan rezeki yang lebih baik dan bertambah-tambah. Baca " Allahuma ajurni fi musibati, wakh lufli khairan minha ". Sangat mujarab bagi orang-orang yang dizalimi dan cepat pula dapat jawapan dari Allah.

ATAU .......

2. Sebutkan doa di dalam bahasa kita " Ya Allah. Mereka ini ( sebut nama mereka ) zalim pada aku. Aku mohon balasan yang setimpal ke atas mereka. Serta bantulah aku keluar dari kesusahan ini. " Juga mujarab.

ATAU .....

Menanam Uri: Kepercayaan Masyarakat Melayu vs Hukum Islam.

Tip-tip untuk semua


Lebih afdhal dilakukan oleh si bapa untuk mengazan atau mengiqamat anak yang baru lahir seperti yang dilakukan oleh Nabi Muhammad (SAW). Menurut orang dulu-dulu, uri dimasukkan dalam tempurung kelapa sebelum menanamnya. Ada sesetengah orang tanam bawah tangga. Selepas menanam uri, ada pula yang menyalakan pelita atau lilin kononnya untuk mengelak bayi mengalami kembung perut. Api itu dikatakan dapat ‘memanaskan’ bayi.

Antara upacara karut yang masih dilakukan sewaktu menanam uri ialah:

1. Cuci uri itu dengan sempurna sehingga tiada bahagian yang tidak dicuci atau darah masih tertinggal.
2. Kemudian rendamkan uri tersebut seketika di dalam air garam jantan (garam kasar).
3. Bersihkan kembali uri tersebut dengan air biasa.

4. Masukkan uri tersebut ke dalam tempurung kelapa yang hampir sempurna.
5. Letakkan pen, buku atau apa-apa barang yang kita mahu anak kita dikaitkan apabila besar. Buku atau pen untuk mendapatkan anak yang pandai.
6. Bungkus tempurung tadi dengan kain putih.
7. Tanam sedalam sekurang-kurangnya 1 kaki di tempat-tempat yang jarang dipijak.
8. Tanam berdekatan anjung rumah untuk bayi lelaki atau berdekatan dapur untuk bayi perempuan (kononnya nanti pandai memasak).
9. Apabila tiba malam, nyalakan unggun api/pelita/lilin atau apa-apa yang seumpamanya di atas permukaan tanah tempat uri tadi ditanam untuk 2 minggu supaya bayi tidak kembung perut.

Menanam Uri Menurut Islam

• Hukum menanam uri adalah HARUS.
• Uri tersebut perlu dibasuh dan ditanam di dalam tanah supaya ia tidak dimakan oleh haiwan.
• Uri orang-orang Islam adalah suci dan dengan itu tidak boleh dibakar atau dijual. Mana-mana orang Islam yang melahirkan anak di hospital dikehendaki membawa balik uri-uri itu untuk di tanam di tempat masing-masing.
• Amalan menanam uri bayi dengan lada hitam, paku dan sebagainya adalah amalan khurafat.

5 Pesanan Buatmu diriku

Tip-tip untuk semua

Pesanan ini buat diriku yang selalu lupa, juga untuk pembaca blog yang ingin membaiki diri kearah yang lebih baik dan sempurna.

1. Jika engkau bertemu dengan orang yang LEBIH PANDAI, itulah waktu untuk engkau MENIMBA ILMU.

2. Jika engkau bertemu dengan orang yang SAMA PANDAI, itulah waktu untuk engkau BERKONGSI ILMU.

3. Jika engkau bertemu dengan orang yang KURANG PANDAI, itulah waktu untuk engkau MENYAMPAIKAN ILMU.

4. Jika engkau bertemu dengan orang yang banyak BICARA PERKARA AKHIRAT, itulah waktu engkau TUMPANG SEKAKI.

5. Jika engkau bertemu dengan orang yang banyak BICARA PERKARA DUNIAWI, itulah waktu untuk engkau DIAM & BERLALU PERGI....

Rahsia Wajah Dan Hati Yang Cantik

Tips agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik :

1. Untuk wajah, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sejadah, solat, berzikir dan jangan lupa berdoa.

2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah 'olahraga' dengan memperbanyakkan solat-solat wajib dan sunat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan zikir dan doa.
Boleh juga amalkan membaca al-quran kerana al-quran adalah Kalam Allah. didalamnya terkandung pelbagai hikmah dan khasiat serta ubat untuk pelbagai penyakit. Firman Allah : "dan ingatlah dengan mengingati ALLAH hati akan tenang"

3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan 'kata kunci', doa ketika melihat cermin iaitu, "Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii" (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlakku). (Hadis Riwayat Ahmad)

4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takabur.

5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud a.s. iaitu selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayur-sayuranan, buah-buahan dan air putih.

6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan, dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

Teknik Mendidik Isteri Cara Rasulullah S.A.W.

ip-tip untuk semua
Suami sebagai pemimpin rumahtangga semestinya sentiasa kreatif dalam mendidik isteri. Allah SWT bekalkan kepada kaum lelaki kekuatan akal yang rasional, tidak terlalu emosional atau mudah didorong oleh perasaan. Lelaki tidak mudah tersinggung berbanding dengan wanita. Jika kekuatan akal ini dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya, ditambah pula dengan kesabaran serta kekuatan jasmani untuk mencari nafkah keluarga, seorang suami akan menjadi pelindung dan pendidik yang berwibawa.
Firman Allah SWT:

“Lelaki adalah pemimpin (pembela dan pelindung) bagi wanita, kerana Tuhan telah melebihkan yang satu dari yang lainnya, dan kerana suami telah menafkahkan sebahagian daripada hartanya.”

Kebahagiaan rumahtangga dapai diraih apabila suami dapat menggunakan kekuatan akalnya serta kesabaran dalam menghadapi kerenah dan ragam isteri. Secara mudah, bolehlah dikatakan lelaki adalah makhluk akal manakala wanita adalah makhluk rasa. Perasaan wanita terlalu mudah terusik dengan suasana dan keadaan sekeliling. Oleh itu dalam menghadapi wanita, lelaki hendaklah banyak menggunakan daya fikir. Kalau umpamanya isteri sedang berduka, suami perlu merancang untuk mewujudkan perasaan gembira di dada isteri. Di sinilah perlunya strategi dalam mendidik isteri.

Kaum wanita memang dibekalkan dengan sembilan nafsu dan akal berbanding dengan lelaki hanya satu nafsu dan sembilan akal. Nafsu yang dimaksudkan bukanlah nafsu seks semata-mata tetapi nafsu yang menyebabkan seseorang itu mudah hilang sabar, mudah berprasangka, pemarah, pemboros dalam berbelanja, cepat tersinggung dan sebagainya. Pendek kata, hasil dorongan nafsu itulah lahirnya pelbagai perasaan di dada wanita. Sebab itu dikatakan juga bahawa sembilan persepuluh daripada diri wanita itu ialah perasaan dan satu persepuluh saja pertimbangan akal. Atas dasar inilah isteri mesti dipandu atau dibimbing oleh suami agar segala tindak tanduknya tidak melulu ikut perasaan semata-mata.

Sembilan nafsu pada diri wanita boleh menyebabkan kerosakan pada masyarakat dan keruntuhan rumahtangga jika tidak dipagari dengan ilmu syariat. Mahu tidak mahu suami terpaksa mempelajari sedikit sebanyak ilmu untuk menundukkan wanita atau psikologi wanita serta memenuhkan dada dengan ilmu syariat. Barulah nanti dapat menggunakan kebijaksanaan dalam mendidik isteri sekalipun adakalanya menghadapi ragam isteri yang mencabar kesabaran suami.

Kebijaksanaan mesti disertai pula dengan kesabaran. Kedua-duanya mesti ada pada seorang suami. Kesabaran tanpa kebijaksanaan menyebabkan suami menurut saja kemahuan isteri sehingga isteri lupa daratan. Manakala kebijaksanaan tanpa kesabaran akan menyebabkan suami tewas dengan nafsunya sendiri sehingga bertindak ganas dan boleh mencederakan isteri.
Maknanya, tanpa kesabaran seseorang itu hilang pertimbangan akal dan tidak dapat lagi melihat sesuatu persoalan dengan tenang. Jika kesabaran tidak ada pada diri, ia perlu diusahakan melalui latihan berpandukan ilmu tasauf. Contoh bagaimana kesabaran boleh menundukkan nafsu wanita dapat dilihat pada satu kisah seorang perempuan tua yang suka mengganggu Rasulullah SAW.

Tatkala Rasulullah SAW lalu di sebelah rumahnya, perempuan tua itu akan membaling sampah kepada Rasulullah SAW. Adakalanya dia menaburkan sampah dan serpihan kaca di sepanjang jalan yang akan dilalui oleh Rasulullah SAW. Bahkan pernah juga dia membaling najis semasa Baginda lalu di sebelah rumahnya. Namun sedikit pun tidak dipedulikan oleh baginda. Suatu hari Rasulullah SAW rasa pelik kerana perempuan tua itu tidak menghalangi lagi perjalanannya baik dengan serpihan kaca mahupun dengan sampah yang dibalingkan. Apabila pulang dari masjid, baginda bertanya kepada jiran perempuan tersebut. Rupa-rupanya perempuan itu sakit. Lalu Baginda naik ke rumahnya dengan tujuan untuk berziarah. Rasulullah SAW bertanyakan khabar dan tolong memasakkan air untuk perempuan tua itu. Alangkah terkejutnya perempuan tersebut melihat akhlak Baginda yang sanggup menziarahi dan membantunya tatkala dia sedang sakit. Akhirnya dengan sifat sabar, Rasulullah menghadapi kerenah perempuan tua itu, menyebabkan terbuka hatinya untuk mengucap dua kalimah syahadah.

Dalam peristiwa yang lain, pernah Rasulullah SAW melintasi sekumpulan kaum perempuan, lalu Baginda memberi salam. Namun tiada seorang pun yang menjawab salam baginda. Rasulullah SAW memberi salam sekali lagi. Mereka masih diam juga. Akhirnya setelah tiga kali Rasulullah beri salam, barulah mereka menjawab salam baginda. Apabila ditanya mengapa mereka tidak menyahut salam yang pertama dan kedua, mereka menjawab: “Kami sengaja mahu Rasulullah SAW mendoakan untuk kami.”

Begitu Rasulullah SAW mendidik kaum wanita. Walaupun sesekali kesabaran baginda rasanya tercabar, tetapi Baginda masih dapat menunjukkan akhlak yang paling baik. Kadangkala apabila berhadapan dengan kaum perempuan yang pendek akalnya, kaum lelaki mudah naik angin. Memang tidak dinafikan ada masanya perempuan mengambil masa untuk memahami sesuatu perkara. Tetapi kaum lelaki mestilah menyedari hakikat bahawa kaum perempuan memang sediakala lemah pemikirannya. Oleh itu, suami mestilah bersedia untuk mendidik isteri dengan penuh kasih sayang tanpa rasa jemu walaupun mengambil masa yang panjang.

Suatu ketika datang seorang perempuan berjumpa Rasulullah SAW dan bertanya tentang mandi hadas. Rasulullah SAW menjawab:

“Ambillah sepotong kain perca yang sudah dikasturikan lalu berwuduk dengannya.” Perempuan itu terpinga-pinga kerana tidak memahami keterangan Rasulullah. Lantas dia mengulangi lagi pertanyaannya: “Bagaimana saya hendak berwuduk dengan itu?” Sekali lagi Rasulullah mengulangi jawapan baginda. Tetapi perempuan yang bertanya masih belum memahaminya. Lalu Rasulullah SAW meminta kepada Siti Aishah r.a. supaya menerangkan kepada perempuan itu. Maka Siti Aishah pun berkata: “Ambil sepotong kapas yang bersih, lalu letakkan di tempat darah. Jika kapas itu tetap putih tanda haid sudah berhenti.”

Yang dimaksudkan dengan unsur kasih sayang dalam mendidik isteri bukanlah sekadar kata-kata asmara dana atau pujuk rayu. Tetapi ia lebih daripada itu. Sifat dan perwatakan suami itu sendiri hendaklah mempunyai ciri pengasih, sekalipun jika dia seorang pemimpin. Ada waktu-waktu yang tertentu apabila suami bersama isteri, suami hendaklah merendahkan sifat egonya, seperti mana yang dibuat oleh Rasulullah SAW tatkala bersama Siti Aishah.

Sewaktu Rasulullah SAW dinikahkan dengan Siti Aishah, umur baginda 55 tahun manakala Siti Aishah baru enam tahun dan mereka bersama tatkala Siti Aishah berusia sembilan tahun. Semasa melayan Siti Aishah, ada masanya Rasulullah berlagak seperti kawan sepermainan. Siti Aishah diajak berlumba lari. Kadang-kadang Siti Aishah menang dan adakalanya Rasulullah menang. Bermakna sewaktu bersama isteri, adakalanya Rasulullah melayan kehendak isterinya tanpa menjatuhkan martabatnya sebagai seorang suami yang wajib dihormati oleh isteri. Ini menunjukkan bahawa pada masa-masa tertentu suami mesti pandai memikat hati isteri asalkan tidak sampai terlalai hingga menurut saja segala kemahuan isteri.

Di sinilah perlunya ketegasan seorang suami. Tegas dalam syariat dan tegas dalam perjuangan. Tegas tidak pula bermakna kasar atau garang cuma jangan sampai kerana hendak melayan kehendak isteri, syariat dan perjuangan terpaksa diketepikan. Sebagai pemimpin dalam sesebuah rumahtangga, suami berhak untuk mendidik dan menyelesaikan segala kekusutan fikiran isterinya. Oleh kerana wanita seringkali bertindak mengikut perasaannya, maka adakalanya apabila fikiran terganggu, emosinya juga terikut sama. Tatkala itu kalau ada kesalahan suami walaupun kecil akan diungkit-ungkit lebih-lebih lagilah jika kesalahan itu dianggap besar, mulalah meluap-luap perasaan marahnya pada suami.

Memang satu sifat yang agar sukar untuk dikawal ialah tatkala isteri sedang marah. Kadang-kadang dia mengamuk macam ribut taufan lakunya (sebab itu kebanyakan nama ribut diambil dari nama perempuan umpamanya Taufan Lydia, Ariel, Angela dan lain-lain). Bagaimana sepatutnya tindakan suami untuk mententeramkan isteri yang sedang dilanda ribut taufan ini? Seeloknya didiamkan saja dahulu sampai kemarahannya reda kemudian baru diterangkan dengan sejelas-jelasnya setiap perkara yang perlu diterangkan terutama yang menimbulkan prasangka isteri. Mengapa perlu diamkan saja orang yang sedang mengamuk? Kerana tatkala sedang marah syaitan sengaja meluap-luapkan perasaan marahnya. Kalau dijawab, bererti kita sengaja mencari pasal kerana berlawan dengan syaitan. Maka lebih baik didiamkan sahaja sehingga perasaan marahnya kendur.

Ada kalanya demi keharmonian rumahtangga, ada perkara-perkara tertentu yang tidak sepatutnya diketahui oleh isteri. Kalau perlu disembunyikan dari pengetahuan isteri, sembunyikan sungguh-sungguh. Bukanlah untuk menggalakkan suami mengambil kesempatan melakukan perkara yang sumbang dan berbuat dosa di belakang isteri. Tetapi jika perkara yang disembunyikan itu tidak bertentangan dengan syariat, memang ada baiknya disembunyikan. Mungkin ia berhubung dengan suatu perkara yang isteri masih sukar untuk menerimanya. Hal ini pernah berlaku dalam rumahtangga Rasulullah SAW.

Suatu hari isteri-isteri datang menemui Baginda, dan Siti Aishah, yang mewakili mereka semua, bertanya: “Wahai Rasulullah, di antara isteri-isteri Rasulullah,yang manakah yang paling Rasulullah sayangi?” Rasulullah SAW tersenyum mendengar pertanyaan itu. Rasulullah tidak terus menjawabnya. Bahkan Baginda menyuruh kesemua isterinya pulang dahulu dan berjanji akan memberikan jawapannya kemudian. Bagaimana harus dijawab kalau anda ditanya begitu oleh isteri-isteri anda? Memang tidak dinafikan perasaan kasih sayang itu tidak boleh diberi sama adil. Ini diakui oleh Allah SWT. Tetapi suami mestilah pandai memainkan peranannya supaya jangan ada di kalangan isteri-isteri yang tersinggung perasaanya kerana mengetahui suami lebih sayang kepada isteri yang tertentu. Berbalik kepada kisah tadi, maka seperti biasa Rasulullah SAW mendatangi isteri-isterinya mengikut giliran masing-masing. Rasulullah sedikit pun tidak menyebut mengenai persoalan yang dikemukakan itu. Sebaliknya sebelum baginda meninggalkan isterinya, setiap seorang baginda hadiahkan sebentuk cincin dan baginda berpesan agar mereka tidak memberitahu pada isteri-isteri yang lain.

Pada hari yang telah ditetapkan Rasulullah SAW menyuruh isteri-isterinya berkumpul kerana baginda hendak memberi jawapan kepada persoalan yang dikemukakan. Maka berdebar-debarlah hati masing-masing untuk mengetahui siapakah di antara mereka yang paling disayangi oleh Rasulullah. Ada yang terasa pasti jawapannya Siti Aishah kerana beliaulah yang termuda di antara mereka. Tetapi dengan kebijaksanaan Rasulullah SAW, Baginda pun berkata, “Isteri yang paling disayangi ialah mereka yang diberi cincin kepadanya.” Maka tersenyumlah isteri-isteri Rasulullah kerana setiap seorang menyangka dia sahaja yang menerima cincin tersebut. Begitulah sepatutnya tindakan suami, pandai menyelesaikan kekusutan fikiran isteri.

Satu perkara lagi biasanya kaum perempuan suka berleter atau setengah orang kata macam mulut murai. Suami yang bijak akan berdiam dan tidak menjawab leteran isteri. Ini bukan bermakna suami mengalah, tetapi sebagai satu strategi. Ibarat orang sedang sakit gigi. Gigi yang sakit jangan terus dicabut kerana akan bertambah sakitnya. Hendaklah tunggu sehingga sakitnya berkurangan barulah dicabut. Maknanya isteri yang sedang berleter, jangan dinasihati. Hendaklah tunggu keadaannya menjadi kendur, barulah boleh dinasihati. Dan nasihat itu mestilah kena pada tempatnya. Maka barulah diterima dan dirasakan seperti kepala yang disirami embun pagi pada kala panas terik. Rasulullah SAW juga pernah berhadapan dengan kerenah perempuan yang suka berleter. Rasulullah tidak menjawab sepatah pun. Baginda memberi peluang kepada perempuan tersebut meluahkan ketidakpuasan hatinya. Apabila kesemuanya telah diluahkan, barulah baginda memberi penjelasan atau pun memaafkan saja dan melupakan perkara tersebut.

Tidak semua suami memiliki isteri yang banyak kerenah. Beruntunglah suami yang memiliki isteri yang sikapnya terlalu pengasih terhadap suami dan anak-anak. Perempuan begini rela mengorbankan seluruh jiwa dan raganya untuk kebahagiaan suami dan anak-anak. Dia akan bersikap sebagai penghibur, penyayang, pendorong dan pembantu kepada perjuangan suami sekiranya suaminya seorang pejuang atau pendakwah. Isteri begini bukan sahaja tidak membebankan suami dengan masalah-masalahnya, bahkan dia akan berusaha untuk menyelesaikan masalah suaminya. 

Sabda Rasulullah SAW:

“Barangsiapa memiliki isteri yang solehah, maka sesungguhnya ia telah memiliki separuh dari agamanya.”

Rasulullah SAW juga bersabda yang bermaksud:

“Dunia adalah hiasan dan hiasan yang terbaik ialah memiliki isteri yang solehah.”
Apabila wanita dapat dididik dengan betul, maka ia dapat memberi kebaikan yang besar kerana di tangan wanitalah penentu corak generasi akan datang. Kelembutan dan kehalusan belaian tangan wanita yang solehah boleh membahagiakan seisi alam.

3 Hari Dalam Hidup Ini

Tip-tip untuk semua

Hari pertama : Hari kemarin.
Kita tak bisa mengubah apa pun yang telah terjadi.
Kita tak bisa menarik perkataan yang telah terucapkan.
Kita tak mungkin lagi menghapus kesalahan dan mengulangi kegembiraan yang kita rasakan kemarin.
Biarkan hari kemarin lewat dan beristirahat dengan tenang;
lepaskan saja…

Hari kedua : Hari esok.
Hingga mentari esok hari terbit,
Kita tak tahu apa yang akan terjadi.
Kita tak bisa melakukan apa-apa esok hari.
Kita tak mungkin sedih atau ceria di esok hari.
Esok hari belum tiba; toh belum tentu esok hari Kita merengkuhnya
biarkan saja…

Yang tersisa kini hanyalah hari ini.
Pintu masa lalu telah tertutup,
Pintu masa depan pun belum tiba.
Pusatkan saja diri kita untuk hari ini.
Kita dapat mengerjakan lebih banyak hal hari ini bila kita mampu memaafkan hari kemarin dan melepaskan ketakutan akan esok hari.

Hiduplah hari ini. Kerana, masa lalu dan masa depan hanyalah permainan fikiran yang rumit.
Hiduplah apa seadanya. Kerana yang ada hanyalah hari ini, hari ini yang abadi.

Perlakukan setiap orang dengan kebaikan hati dan rasa hormat, meski mereka berlaku buruk pada kita.
Cintailah seseorang sepenuh hati hari ini, karena mungkin besok cerita sudah berganti.
Ingatlah bahwa kita menunjukkan penghargaan pada orang lain bukan karena siapa mereka, tetapi karena siapakah diri kita sendiri.

Jadi, jangan biarkan masa lalu mengekangmu atau masa depan

Monday, 27 May 2013

petua merapatkan hubungan suami dan isteri

Tip-tip untuk semua

1. Bila saja anda pulang ke rumah, carilah dia dahulu sebelum anda lakukan perkara lain dan peluklah dia.

2. Tanya kepadanya soalan-soalan yang tertentu menunjukkan anda sedar apakah yang dia rancang untuk lakukan hari ini.

3. Latihlah diri anda untuk mendengar serta bertanya soalan kepadanya.

4. Bentengi diri anda untuk menyelesaikan masalahnya, tapi tunjukkan sifat memahami anda.

5. Berikan padanya perhatian yang sebenar tanpa menunggu dia memintanya selama setengah jam setiap hari.

6. Bawakan kepadanya hadiah yang mengejutkannya pada bila-bila masa lebih-lebih lagi pada tarikh atau perayaan yang bermakna.

7. Rancanglah masa untuk bersamanya beberapa hari sebelum itu,jangan menunggu hingga malam Jumaat kemudian bertanya pula apakah yang hendak buat.

8. Jika pada suatu malam, dia merasa letih atau terlalu sibuk untuk memasak, tawarkan diri anda untuk memasak pula.

9. Selalulah memujinya dari segi kecantikan dan keanggunan rupa parasnya.

10. Akui perasaannya bila dia merasa marah.

11. Tawarkan bantuan kepadanya bila dia merasa letih dan penat.

12. Jadualkan mana-mana perjalanan lebih awal agar dia tidak kelam kabut membuat persediaan.

13. Sekiranya anda terlewat, jangan lupa untuk menelefon dia dan beritahu dia tentang hal itu.

14. Bila dia mahukan sokongan anda dengan bertanya mengenai sesuatu perkara, katakan ya atau tidak. Jangan jadikan dirinya rasa bersalah kerana bertanya.

15. Semasa perasaannya tersinggung, berikan padanya rasa simpati anda dan nyatakan kepadanya 'Saya kasihan awak tersinggung'. Kemudian diamlah, biarkan dia dapat merasakan bahawa anda memahami yang dia tersinggung. Jangan cuba jelaskan pula kenapa rasa tersinggungnya itu bukan salah anda.

16. Bila anda perlukan masa untuk bersendirian akibat gusar,katakan padanya anda akan pulang dan anda perlukan sedikit masa untuk berfikir mengenai sesuatu.

17. Sekiranya perasaan anda telah reda dan anda pulang ke rumah,bercakaplah dengannya apakah dia yang menggusarkan anda dengan cara yang hormat dan tidak menyalahkan dia. Dia perlu tahu agar dia tidak menyangka yang bukan-bukan.

18. Bila cuaca sejuk, eloklah rapatkan diri anda kepadanya dan biarkan kehangatan tubuh anda dapat menghangatkan jiwanya.

19. Pada masa dia mahu berbincang dengan anda, letakkan buku,majalah atau akhbar yang sedang anda baca, dan tutup TV. Berikan perhatian sepenuhnya.

20. Sekiranya selalunya dia yang membasuh pinggan, sesekali bantu dia untuk membasuh pinggan pula, terutamanya jika dia letih.Bantulah dia menggosok bekas yang sukar atau kerja membasuh yang sukar.

21. Pastikan bila dia letih atau marah, tanya dia apa yang dia hendak buat dan tawarkan bantuan anda dengan melakukan beberapa kerja yang akan dilakukannya.

22. Bila anda hendak keluar rumah, tanya dia adakah barang yang patut dibeli, dan jangan lupa pula membelinya.

23. Beritahu padanya bila anda mahu tidur atau mahu keluar.

24. Berikan dia lima kali pelukan setiap hari. Satu waktu subuh,satu zohor, asar, maghrib dan isya'. Jika tidak berkesempatan,himpunkan dua atau tiga pelukan pada waktu yang terluang. WOW!

25. Telefon dia semasa anda bekerja dan bertanya khabar atau kongsikan sesuatu yang menarik, atau hanya katakan 'Aku cinta padamu'.

26. Katakan 'Aku cinta padamu' sekurang-kurangnya sekali sehari. I Love u too..

27. Bantu dia untuk mengemaskan katil dan membersihkan bilik tidur.

28. Letakkan pakaian yang sudah patut di basuh ke bakul yang dikhaskan.

29. Selalulah periksa sama ada tong sampah sudah penuh dan tolong buang sampah. Kemudian tolong letakkan plastik sampah dalam tong tu.

30. Bila anda hendak berjalan jauh, telefon dia, biar dia tahu anda selamat sampai dan berikan nombor telefon tempat itu.

31. Basuhkan kereta yang dipakainya.

32. Bersihkan diri anda dan pakai wangi-wangian sebelum jima' jika itu yang dia suka.

33. Bila dia merasa marah kepada seseorang, eloklah anda menyebelahi isteri anda. Kalau anda tidak bersetuju dengan caranya, itu boleh diselesaikan kemudian.

34. Selalulah tawarkan diri anda untuk mengurut belakang,tengkuk dan kakinya. Yeay!

35. Jadikan tabiat merangkulnya dan mengasihinya yang bukan bertujuan untuk jima'.

36. Sabarlah bila dia mahu berkongsi pendapat dengan anda. Jangan mengalihkan pandangan anda pada benda lain, atau melihat jam.

37. Tunjukkan kasih sayang anda ketika bersamanya walau di khalayak ramai.

38. Bila anda memegang tangannya, jangan pula jadikan tangan anda kaku dan lumpuh.

39. Ambil tahu apakah makanan atau minuman yang dia suka agar anda boleh suruh dia memilih apa yang dia memang gemar.

40. Sarankan beberapa restoran yang baik, jangan bebankan padanya untuk menentukan di mana hendak makan.

41. Luangkan masa anda untuk pergi bersamanya ke tempat yang dia suka pergi, selama mana tempat itu adalah tempat yang baik atau diharuskan.

42. Wujudkan masa bila mana anda boleh memakai pakaian bersama-sama.

43. Cuba memahami bila dia lewat atau tiba-tiba mahu menukar pakaiannya.

44. Berikan perhatian yang lebih kepadanya daripada orang lain ketika anda berada di khalayak ramai.

45. Jadikan dia lebih penting dari anak-anak anda. Biarkan anak-anak anda menyaksikan bahawa isteri mendapat perhatian anda yang lebih utama dan lebih awal sebagai contoh kepada mereka.

46. Belikan dia hadiah-hadiah kecil dan comel.

47. Belikan untuknya pakaian. Pastikan anda tahu saiz tubuhnya serta warna, fesyen dan corak yang lebih digemarinya. Atau anda boleh belikan kain untuk dijahit kemudiannya.

48. Ambillah gambarnya pada waktu-waktu keramaian atau di tempat-tempat yang mahu dijadikan kenangan.

49. Luangkan masa bersendirian dengannya untuk melakukan sesuatu yang romantik.

50. Biar dia tahu bahawa anda bawa gambarya dalam dompet anda dan menggantikan ia dengan gambar terbaru bila sudah sampai masanya.

51. Biarlah anda yang memandu ketika berjalan jauh. Pandulah dengan selamat, tidak terialu laju hingga mengecutkan hatinya dan tidak pula terlalu perlahan sedangkan anda boleh laju.

52. Perhatikan bagaimanakah perasaannya dan berikan komen yang menunjukkan anda ambil berat seperti 'Awak nampaknya gembira hari ini' atau 'Awak nampak letih' dan kalau boleh tanya sebabnya agar anda tahu apa yang mengembirakannya dan sebaliknya.

53. Bila anda keluar bersamanya, anda sendiri perlulah tahu arah tujuan anda agar dia tidak terasa tertekan memandu arah kepada anda.

54. Solat bersama dan berdoa bersama.

55. Kejutkan dia dengan puisi atau nota cinta.

56. Layanilah dia sebagaimana anda melayani semasa awal-awal dahulu.

57. Tawarkan diri untuk membaiki sesuatu di rumah. nyatakan anda ada masa untuk itu. Tapi jangan pula tawarkan diri melakukan perkara yang tidak mampu anda lakukan dengan baik. Tolong asah pisau.Gunakan gam yang baik untuk melekatkan sesuatu yang telah pecah. Tolong gantikan lampu yang telah terbakar.

58. Bacakan dengan kuat sesuatu ruangan akhbar yang menarik minatnya.

59. Tuliskan dengan kemas apa-apa pesanan untuknya yang anda terima melalui telefon.

60. Pastikan bilik mandi bersih dan kering bila anda sudah mandi.

61. Bukakan pintu untuknya. Tawarkan diri untuk membawa barangan yang dibawanya. Tawarkan untuk bawakan barangan yang berat. Jika hendak berjalan, letak dan barangan yang hendak dibawa di kereta.

62. Bila dia memasak, pujilah masakannya.

63. Sewaktu anda mendengar dia berkata, pandanglah ke matanya. Tunjukkan bahawa anda berminat dengan menyatakan 'Betul kata awak'. Di masa yang sesuai, pegang dia dengan tangan anda bila anda berkata kepadanya.

64. Tunjukkan minat anda pada apa yang dia buat hari ini, pada buku yang dia baca, dan pada orang lain yang dia hubungi.

65. Bersedialah untuk masuk tidur bersama dan masuklah ke kamar seiring dengannya.

66. Berikan dia ciuman dan berikan salam atau kata selamat tinggal bila anda mahu keluar rumah.

67. Ketawalah pada jenaka dan senda guraunya.

68. Katakan terima kasih bila dia buat sesuatu untuk anda.

69. Rancanglah untuk makan angin bersamanya.

70. Berbincanglah dengan cara yang menunjukkan kepadanya bahawa anda mahu dia dapat apa yang dia kehendaki dan anda juga mahu apa yang anda kehendaki. Ambil berat, tapi jangan berat sebelah.

71. Bila anda berjauhan darinya, beritahu padanya bahawa anda rindu padanya.

72. Belikan untuknya makanan yang dia gemari.

73. Minta pandangannya tentang sesuatu dan hargai pandangannya.

74. Ramai lelaki menganggap yang penting bila bersama wanita ialah melakukan perkara-perkara besar saja tetapi sebenarnya yang akan memenangi hati wanita ialah bila lelaki melakukan hal-hal kecil untuk membantunya dan menunjukkan anda ambil berat padanya.

75. Dengan cara ini wanita akan merasa dirinya dicintai. Bila dia merasa dicintai, dia akan cinta pada anda tanpa berdolak-dalik.

76. Anda juga akan dapati bahawa melakukan kerja-kerja kecil untuk wanita akan mengubati hati anda. Bila dia gembira anda akan turut gembira. Anda akan merasa lebih berguna dan berjasa kerana isteri anda telah memperolehi perhatian yang dia perlukan.

Berbuka, Bersahur ikut sunnah lebih menyihatkan badan

Tip-tip untuk semua

RamadanBERPUASA Ramadan bukan sekadar menahan diri daripada makan dan minum pada waktu siang, malah lebih daripada itu mengajar umat Islam supaya mengawal nafsu daripada perkara dilarang syariat dan boleh memudaratkan.

BERPUASA Ramadan bukan sekadar menahan diri daripada makan dan minum pada waktu siang, malah lebih daripada itu mengajar umat Islam supaya mengawal nafsu daripada perkara dilarang syariat dan boleh memudaratkan.

Bagi tujuan itu, Islam menetapkan adab ketika berpuasa supaya ibadat mereka itu mendapat keberkatan dan mencapai tujuannya. Adab itu juga seiring dari segi perubatan dan kesihatan.

Dari segi perubatan atau kesihatan cara puasa yang tidak berkesan seperti:

- Makan terlalu banyak sewaktu sahur dan berbuka.

- Makan terlalu banyak daging, terutama bagi penghidap batu karang, gout dan alahan.

- Mengulangi makanan sepanjang malam.

- Kurang minum air pada malam hari atau lebih minum air semasa makan.

- Tidur selepas kenyang makan.

Amalan yang seperti di atas boleh mengikis manfaat dan tujuan berpuasa. Mereka juga akan berasa letih dan mungkin mengalami pelbagai masalah kesihatan daripada amalan itu.

Puasa berjaya adalah yang diamalkan mengikut sunnah Rasulullah. Puasa berjaya akan membuahkan keadaan rohani dan jasmani yang dinamik, bersih dan diperbaharui!

Apa yang di perlukan ialah kawalan yang baik sewaktu berbuka dan bersahur.

Ketika berbuka, sebaiknya makanlah makanan yang senang hadam, mengandungi serat dan dalam kadar sedikit. Amalan Rasulullah memakan tamar adalah baik sebab ia mengandungi karbohidrat tinggi, di samping asid amino, antaranya triptofan yang didapati boleh menenangkan perasaan.

Untuk mengawal apa yang dimakan, perlulah bersederhana dalam menghidang juadah berbuka atau bersahur. Jika banyak yang dihidang dengan aneka jenis dan rasa, tentulah sukar untuk mengawal apa yang ada di depan mata. Ambil peluang bulan puasa ini untuk berjimat belanja, hadkan jenis dan makanan.

Begitu juga dengan air minuman. Sediakan air minum daripada bahan semula jadi. Elakkan gula putih, sirap, pewarna dan perasa tiruan dan gantikan ia dengan gula merah, madu lebah dan jus buah asli.

Sediakan air yang yang ditambah dengan kembang semangkuk dan biji selasih serta getah anggur. Ini kerana makanan ini mencuci usus dan menyenangkan buang air besar.

Elakkan juga kopi dan teh kerana minuman ini mempunyai kafein yang boleh memberi terlalu banyak rangsangan kepada saraf dan jantung ketika berpuasa. Kafein juga memberi rangsangan kepada bahagian perut yang menyebabkan asid hidroklorik berlebihan dan ini akan menyebabkan keadaan gastritis.

Protein binatang adalah makanan yang paling kompleks dan susah hadam. Ia juga makanan yang mempunyai kandungan bahan buangan yang paling banyak. Keadaan ternakan dan cara yang diamalkan sekarang menyebabkan protein binatang menjadi bahan yang paling tercemar dengan kimia dan pelbagai jenis racun, termasuk kuman, hormon, antibiotik dan logam berat serta racun serangga.

Oleh kerana antara manfaat puasa ialah bahawa badan dapat mengeluarkan bahan racun yang kian lama terselit dalam lemak, daging, hati dan buah pinggang, wajar kita meminimumkan memakan protein haiwan ketika berpuasa.

Protein haiwan boleh digantikan dengan protein sayur dalam bentuk kekacang seperti kacang dal, soya, hijau dan merah, walaupun protein dalamnya tidak lengkap. Dengan mempelbagaikan sayuran dan mencampurkan jenis yang dimakan, ia akan melengkapkan antara satu sama lain.

Puasa yang berjaya dari segi kesihatan melalui tiga fasa iaitu:-

Fasa pertama. (dua hingga tiga hari)
– Perut lapar, badan letih dan cepat marah (kadar glukos dalam darah rendah).

Pada fasa pertama inilah orang berpuasa terasa amat terduga dan paling susah hendak dilalui. Ini kerana pada masa ini, badan belum terbiasa dengan keadaan perut kosong dan rutin baru yang diamalkannya.


Fasa Kedua (asidosis) (tiga hingga 14 hari)
– Kurang selera makan, nafas berbau, lidah menjadi ‘putih’ atau ‘berdaki’, badan lesu.

Fasa ini tidak berapa terkesan sebab cara puasa yang diamalkan ialah puasa separuh masa dan makan minum separuh masa. Jika kita terlalu sedikit makan, fasa ini akan dikesan dengan nyata.

Fasa ketiga (14 hari hingga akhir puasa)
– Lidah jadi bersih, nafas hilang berbau, selera makan baik, tenaga mula pulih dan kadar glukos kembali normal.

Pada fasa ini, mental, emosi dan badan semakin ‘optimum’ dan anda menjadi seperti orang baru.

Keadaan puasa begini hanya dicapai oleh mereka yang benar-benar mengawal makan dan minum supaya proses ‘asidosis dan ketosis’ dalam badan berjalan lancar.

Wali Allah mencapai peringkat spiritual yang tinggi kerana ketajaman ‘mata hati’ mereka kerana puasa yang mencapai

Something To Share


PEMBUNUHAN TERKEJAM YANG PERNAH BERLAKU DALAM SEJARAH!!

Pada 22 November 1988, seorang gadis berusia 16 tahun bernama Junko Furuta telah diculik oleh empat orang lelaki. Furuta kemudian diseksa dengan cara yang paling kejam dan akhirnya mati selepas 44 hari menderita kesakitan yang tidak tertanggung.


Ketika kejadian, gadis kelahiran wilayah Misato, Saitama, Jepun ini sedang dalam perjalanan ke tempat kerja. Saat itulah empat samseng remaja tiba-tiba muncul dan menculik beliau. Kumpulan penjenayah itu kemudian melarikan Furuta ke Ayase yang terletak dalam wilayah Misato dan Adachi, Tokyo. Jarak wilayah Misato dan Ayase lebih kurang sejam perjalanan.

Di Ayase, Furuta disembunyikan dalam sebuah rumah milik salah seorang penculik terbabit bernama Kamisaku. Bagi mengelakkan perbuatan jenayah ini dihidu ahli keluarganya, Kamisaku memperkenalkan Furuta sebagai teman wanita kepada salah seorang kawannya.

Usaha melakukan kejahatan itu diteruskan dengan mengarahkan Furuta menghubungi ibu bapanya dan memberitahu mereka bahawa dia diperintah untuk meyakinkan orang tuanya bahawa dirinya selamat dan tidak berada dalam keadaan berbahaya.

Semasa dalam kurungan, anak dara ini banyak kali merayu kepada ibu bapa Kamisaku untuk membantu dirinya. Sedihnya, rayuan itu tidak diendahkan. Pernah beberapa kali juga dia cuba melarikan diri. Tetapi usahanya itu selalu tidak berjaya. Bertambah malang, Setiap kali dia ditangkap, gadis yang tidak bersalah ini akan disakiti dengan seksaan yang lebih dasyat. Berikut adalah seksaan-seksaan yang dilakukan terhadap Furuta.


Hari Pertama
  • Mangsa diculik dan dirogol lebih 400 kali oleh keempat-empat penculik.
  • Kebuluran dan kekurangan nutrisi.
  • Lipas dan air kencing sendiri adalah makanan dan minumannya.
  • Dipaksa melakukan onani.
  • Dipaksa berbogel di hadapan para penculik.
  • Dibakar dengan pemetik api.
  • Dubur dan kemaluaanya dimasukkan objek asing.

Hari Ke-11
  • Dipukul dengan berulang-ulang kali.
  • Mukanya diletakkan di lantai konkrit dan para penculik melompat di atas kepalanya.
  • Tangan diikat ke syiling dan badannya dijadikan beg penumbuk.
  • Darah memenuhi hidung dan hanya boleh bernafas melalui mulut.
  • Alat pengangkat berat dijatuhkan ke atas perutnya.
  • Muntah ketika minum air (perutnya sudah tidak dapat menerima makanan).
  • Ducucuh rokok di lengan kerana cuba melarikan diri.
  • Cecair mudah terbakar dicurahkan di atas kakinya, lalu terbakar.
  • Botol dimasukkan ke dalam dubur mengakibatkan kecederaan.

Hari Ke-20
  • Sukar berjalan kerana luka terbakar yang teruk pada kaki.
  • Dipukul dengan buluh.
  • Duburnya dimasukkan mercun dan kemudian dinyalakan.
  • Tangan dihempap dengan objek berat dan kukunya dipecahkan.
  • Dipukul dengan kayu golf.
  • Rokok dicucuh ke dalam kemaluan.
  • Dipukul dengan batang besi berulang kali.
  • Dipaksa tidur di balkoni pada musim sejuk.
  • Batang besi pemanggang ayam dimasukkan ke dalam kemaluan dan dubur mengakibatkan pendarahan teruk.

Hari Ke-30
  • Lilin panas dititskan di muka.
  • Kelopak mata dibakar menggunakan pemetik api.
  • Bahagian dadanya dicucuk jarum.
  • Puting buah dada kiri dipotong dan dihancurkan dengan playar.
  • Mentol lampu yang panas dimasukkan ke dalam kemaluan.
  • Pendarahan teruk pada kemaluan akibat dimasukkan gunting.
  • Mengalami kesukaran membuang air kecil.
  • Mengambil satu jam untuk turun dan pergi ke tandas kerana mengalami kecedaraan yang teruk.
  • Gegendang telinga mengalami kerosakan yang teruk.
  • Saiz otak mengecut.

Hari Ke-40
  • Merayu kepada penculik supaya membunuh saja dirinya.

Hari Ke-44
  • Penculik bertindak memukulnya dengan pemberat kerana bengang dengan alasan kalah Mahjung. Akibatnya, darah keluar mencurah-curah dari hidung dan mulutnya. Tidak cukup dengan itu, mereka mencucuhkan api lilin ke arah muka dan matanya.
  • Minyak dicurahkan pada kaki, ketiak dan perutnya dan kemudian dihidupkan api. Penyeksaan terakhir ini dilakukan selama dua jam.
  • Keesokannya, dia menghembuskan nafas terakhir seorang diri dengan keadaan yang nazak. Tiada apa yang dapat menandingi 44 hari penderitaan yang ditanggungnya selama ini
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  • ya Allah Kejam nyer manusia yang buat dia nie....dah mengalahkan binatang....kan bagus kalu dia bunuh jer....ini dia seksa sampai macam tu sekali....binatang pun xder der seksa mangsa dia mcam tu sekali...aper nak jadi dengan orang yang hati perut macam nie....

8 ARTIS KOREA YANG MATI KERANA MEMBUNUH DIRI

Walaupun cantik dan terkenal, artis2 ini tidak mendapat kegembiraan yang sepatutnya. Mereka memilih untuk mengakhiri hayat dengan membunuh diri sendiri. Berikut adalah 8 orang artis terkenal Korea Selatan yang mati muda kerana membunuh diri.


1) Jung Da Bin
Dia telah ditemui tergantung bilik apartment kekasihnya di Seoul. Kekasihnya menemui Jung dengan tali yang terlilit di lehernya. Peristiwa itu terjadi pada 10 Februari 2007

Tiada catatan yang ditemui. Tapi menurut blog nya, dia mengalami tekanan yang melampau. Berikut adalah kata2 mendiang sebelum ditemui mati
'semuanya sangat lengkap. saya marah tanpa sebab dan merasa saya akan gila. ini sangat menyakitkan. saya merasa sakit dan kepala saya sangat sakit hingga membuatkan saya menangis. saya seperti budak dan merasa saya telah kehilangan diri saya. di saat yang sama saya mendapat teguran. saya merasa tenang. tuhan sangat menyintai saya. tuhan membuat saya rasa penting dan memberi kekuatan kepada saya. dia mengangkat saya dan berkata saya akan baik baik saja. saya akan baik baik saja'

2) Lee Eun Joo
 Artis ini ditemui mati membunuh diri di apartment nya di Bundang Korea Selatan pada 25 Februari 2005 pada usia 24 tahun. Yang lebih memilukan mendiang membunuh diri setelah beberapa hari graduate dari Universiti Dankook.
Lee meninggal dengan cara memotong tangannya dan menggantung diri. Keluarga nya menyatakan bahawa punca kematian adlah kerana tekanan yang melampau dan gangguan mental. Selama ini artis itu mengalami imsomnia setelah membintangi adegan begil di ' The Scarlett Letter'
Sebelum meninggal dia sempat meberi pesan untuk ibunya dengan menggunakan darahnya sendiri.
'mama, saya minta maaf dan saya meyayangi kamu. saya ingin melakukan banyak hal. walaupun saya hidup, saya merasa tidak hidup. saya tidak mahu mengecewakan diri sendiri lagi. seronok punyai banyak wang. saya ingin mempunyai wang yang banyak'
Jenazah Lee telah dikremasi dan disimpan di ruangan bernama Goyang. Ratusan aktress dan aktor Korea datang menziarahi tempat persemadian terakhirnya.

3)U ;Nee 
Pada Januari 2007 Korea Selatan telah dikejutkan dengan kematian penyanyi dan pelakon terkenal yang menggantung dirinya di rumah nya di Seo-Gu. Ibunya mengatakan bahawa mendiang mengalami tekanan yang teramat sangat. Dia juga menderita di atas populariti yang di raihnya dan masalah peribadinya yang lain. Sebelum itu juga dia telahpun mengambil ubat-ubatan.

4)Woo Seong Yoon
Peristiwa ini sangat mengejutkan seluruh warga Korea kerana Woon mati disaat fenomena bunuh diri sedang hangat diperkatakan yang berlaku dalam kalangan artis. Dia telah tewas dengan dirinya sendiri pada usia 24 tahun.
Mendiang membunuh diri dengan cara menggantung diri di atas almari nya pada 27 April 2009. Penyebab kematiannya di katakan akibat tekanan perasaan yang melampau dan berpanjangan. Keluarganya memberitahu bahawa mendiang baru saja menjalani rawatan di hospital atas masalah tekanan tersebut namun Woon tidak sanggup lagi menghadapi tekanan dan mengambil keputusan yang drastik.

5)Jang Ja Yeon
Kematian aktress cantik ini sangat mengejutkan dunia hiburan Korea. Maklum saja, dia merupakan pendatang baru di dunia hiburan Korea tapi sudahpun tewas lalu membunuh dirinya di rumahnya. Bukan kematiannya yang menjadi isu besar tapi mendiang telah mengaitkan nama beberapa orang besar yang menyebabkan dia mengambil keputusan membunuh diri.
Dalam 7 catatan yang ditulis oleh bintang drama bersiri Boys Over Flower itu mengatakan betapa kejamnya dunia hiburan negara tersebut. Dia telah dipaksa menjadi hamba seks oleh orang2 kaya di sana semata-mata untuk menjamin kedudukannya sebagai artis terkenal.
Jang terkenal kerana menjadi bintang iklan. Semasa kematiannya, dia sedang menunggu 2 lagi filemnya untuk dipasarkan. Hampir 7juta peminat telah melayari laman web mendiang setelah kematiannya pada 7 Mac 2009

6)Park Yong Ha
Pelakon drama Winter Sonata ini telah menggantung dirinya dengan menggunakan kabel camcorder di rumahnya pada 30 Jun 2010. Park 32 membunuh diri kerana tidak tahan melihat ayahnya tenat di serang penyakit kanser perut. Park sangat sayangkan ayahnya dan merasa bersalah atas penyakit yang dihidapi oleh ayahnya. Park juga telah merawat ayahnya ketika sakit dengan berehat daripada kerjayanya yang sedang bersinar.

7)Song Ji Seon
Song meninggal pada 23 Mei 2011 setelah terjun dari tingkat 19 apartmentnya di Seoul. Sebelum terjun Song sempat twitt di laman twitter nya agar polis segera bergegas ke apartment nya tapi kemudian dia memadam statusnya itu. Setelah di selidiki Song membunuh diri kerana cinta. Dia mengaku mempunyai skandal asmara dengan pemain besbol , Im Taehoon. Namun Im menafikan dan menyebabkan Song sakit hati. Selepas kematian Song, Im telah dikecam hebat oleh peminat Song dan orang ramai

8)Chae Dong Ha
Chae telah ditemui mati di kediamannya pada 27 Mei 2011. Bekas ahli SG Wannabe ini membunuh diri kerana tertekan akibat kematian pengurusnya 2 tahun lalu kerana terhidu gas di sebuah bilik.
Chae telah menulis pesanan kepada pengurusnya yang berbunyi
'ini lah saat yang paling indah dalam hidupku yang lebih menarik dari ciuman pertama. pengurus pertamaku, rakan ku dan saudaraku. pada saat aku bertemu orang itu, aku telah menerima seluruh isi dunia. namun pada 9 Jun 2009 ia telah tiada. setengah hatiku masih hilang.masih. Hyung, anda harus bahagia oke? janji padaku bahawa anda akan bahagia........'

CARA MEREDAKAN SAKIT HATI DAN MARAH

biasalah sakit hati memang ada dalam kehidupan sehari-hari. kita kena ingat kita manusia biasa yang tak akan lepas dari kesalahan. tapi tahu tak sakit hati tu merupakan salah satu ujian Allah untuk kita. untuk membuktikan sekuat mana iman kita. insyaAllah jika kita yakin padaNya , Allah pasti bagi kita kemudahan untuk menghilangkan rasa perit di jiwa tu.. cuma kita perlu yakin dan percaya yang Allah itu ada disisi kita. Allah bagi kita rasa sakit hati bukan sebab nak kita berdendam atau memikirkan cara untuk menyakitkan hati orang lain sebagai balasan tapi ALLAH RINDU NAK DENGAR KITA BERDOA DAN MERATAP PADANYA MEMOHON PERTOLONGAN.. hebat tk cara Allah tu? tak perlu mengadu domba kat kawan sebab lama2 kawan mesti boring asyik dengar benda yang sama je...

                                 SAKIT HATI? TREAT UR HEART IN THIS WAY.. 
                              *beristighfar
                              *berlapang dada
                              *elakkan dari bermasam muka
                              *anggaplah ini ujian Allah untuk menguji kekuatan iman
                              *berwuduk dan solat
                              *baca Al-Quran.. inshaa Allah tenang.
                              *solat sunat
                              *menangis.. mengadulah pada Allah
                              *berdoalah agar diberi kekuatan jiwa
                              *maafkan orang yang telah menyakiti hati kita
                              *pandanglah sesuatu yang menenangkan dan cantik
                              *tidur

Santai Tanjung Puteri, Melaka

 my hero...tengokk tu mukan main seronok lagi dapat main pasir kat sini...xper yang umi leh basuh baju ayang guna mesin basuh jer...
 hmmmm...operasi explore...aper nak di coret kan nyer di pasir tu...suh main air xnak pulak tu...hmmm

 inilah anak umi yang trecayang....dah macam makcik makcik umi kejar dak ayang n dak adik tau

 saper la yang duk kat tengak tu...eh macam kenal la

 lari....dak kakak kejar, bukan main seronok tgk diorang main...ini lah permata hati ku

 ayah tengok tu.....
 dah macam sama ngan kak lang ....dah makcik-makcik lak upanyer aku nie....kuikuikui....

 oppocot...aduhai sakit nyer....

 usaha tangga kejayaaan ....dah tergolek pun nak jugak main kat situ... arasy2
 dah turun nak panjat balik...hmmm mana lah tak tergolek nyer...

hihihi pengantin baru....

Tuesday, 21 May 2013

Ayrani 2 1/5 and Arasy 1 1/5

 asyrani pandang la umi nie...umi nak ambik gambar...hampeh tul dia wat tak tahu jer

 siap pose lemtok ...jangan kacau la tu

 tengok citer karton...serius nyer dik

 aper yang ditenung tu....
picture nie diambil waktu diorang tgh kusyuk tengok tv...tengok tu bukan main lagi kan...pangil nak ambik gambar pun dia wat tak tahu jer...

Friday, 17 May 2013

Agenda Hari ini bersama kak litta...sesi foto menfoto

penat nyer arini...banyak lak kerja tu...meh ler sesiapa tolong yatt nie
leh senyum gituuuu...hmmmmmmmm
hihihihi teman seangkatan kemana dan kemari selalu ngan kakak nie... nie ler kak litta
alamak ai sengek la plak gambar nie...

Thursday, 16 May 2013

Alhamdurillah....

Ya Allah....terima kasih ku ucapakan kerana  membantu hambamu ini
tak terbayang hidupku andainya terjadi sedemikian tanpa mu...
Engkau selalu ada berdamping dengan ku...
aku bersyukur dengan kurniaan mu Ya Allah...

Tak sangka orang ku hormati rupa-rupanya dalang untuk keruntuhan
rumahtanggaku...
subhanalllah tabahkan lah hatiku...
aku hanya mampu melihat tetapi tak mampu buat aper-aper....
kesian ...aku hadapi dengan orang yang jiwanya kosong...
semoga dia diberi hidayah ...kenapa yer macam tu...
ahhhh! tak usah nak peningkan kepala lagi...
kesian...
sana sini situ suma jaja pasal diriku ...
yang berbaur fitnah...
pergi sana dikatakan yang bukan2...
tapi tak mengapa sikit jer lagi sume nyer akan terbongkar...
bagaimana yang slaah tetap akan dikatakan salah..
Allah akan tunjukkan segalanyer...
aku hanya perlu menunggu dan bersabar...
tapi aku bersyukur kerana Allah telah mengembalikan suami ke pangkuan
keluargaku...anak2 dambaan kasih sayang berseri dan
tertawa girang....
namun masih ada yang terluka dengan kebahgian ini...
kesian....
dicanang perlbagai fitnah...
namun tuhan maha kuasa membongkar segalanyer
yang tersirat dan tersurat...
amin....

Monday, 13 May 2013

tudung labuh kain kashibo ...lembut sangat

Di saat hati terlantar kesunyian...
hati bergegar mendengar seruanmu...
kalam malam yang sunyi, aku rindukan bisikan angin yang meniup lembut ditelingaku...
padamu ilahi ku menghadap kini...
tak ingin mencemari diri dengan duka nestapa....
ku sujud pada mu ilahi, ku pohon teguhkan keimanan diri...
kini ku mengerti dimana hati ini bersemadi...
jiwaku rindu pada alunan irama bacaan mu...
jiwaku kosong tanpa kata-kata azimatmu...
kesunyian malam mencengkam batinku, merebahkan semangat diri ....
ku bersembah pada yang satu...ku rangkuli alam ciptaan mu penuh rakus....
namun......
jiwaku tetap bersama-sama mu...
ku berkhalwat dengan mu ilahi ...dikeheningan subuh pagi...
embun pagi menitiskan sanubari yang terkulai kini...
padamu ku berharap dan mengharap...
agar sinar pagi kini memancarkan sinar jiwa yang kesunyian...
kekosongan hati, memberi impak yang besar untuk menhancurkan....
kehidupan kini...
kini aku bersujud pada mu ilahi agar diberi ketenangan diri yang abadi...